Friday, June 24, 2011

Pendaftaran Sebagai Rakan Pusat Akses

Mulai 1 Julai 2011, semua pelajar yang ingin menggunakan kemudahan di Pusat Akses SMKBR perlu mendaftar sebagai Rakan Pusat Akses. Setiap pelajar perlu mengisi Borang Tempahan Pusat Akses yang boleh didapati di kaunter pejabat sekolah atau di Pusat Akses.

Harap maklum!

Wednesday, March 9, 2011

Pertandingan Multimedia Berasaskan Powerpoint Openoffice.org Impress

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka telah diberi mandat untuk mengelola Pertandingan Multimedia Berasaskan OpenOffice.org Impress Presentation semasa Karnival Pendidikan Melaka yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2011 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis)
Masa Pertandingan :10.00 pagi hingga 11.00 pagi (1 Jam)
Pendaftaran Peserta : 9.30 pagi

Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka

Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka selewat-lewatnya pada 31 Mac 2011. Sebarang permohonan selepas tarikh ini tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Zali Bin Ahmad di talian 06-2326093.
Sila klik di sini untuk muat turun syarat / peraturan pertandingan dan borang penyertaan.

Pengguna Internet Perlu Beralih Ke IPv6

Lima tahun lagi, pengguna Internet berkemungkinan berdepan dengan masalah untuk melayari laman web sedia ada sekiranya mereka tidak mengubah alamat peralihan penggunaan Protokol Internet (IP) daripada versi keempat (IPv4) kepada versi keenam (IPv6).

Pengarah Bahagian Industri dan Rangkaian Komuniti Pusat Kecemerlangan IPv6 Termaju Kebangsaan (NAv6), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr R Sureswaran, berkata penggunaan IPv6 adalah untuk memudahkan capaian masuk ke semua laman web kerana ia mempunyai ciri 128 bit, jauh lebih besar daripada alamat IPv4 yang hanya memiliki 32 bit.
Katanya, penukaran IPv4 kepada IPv6 sangat penting berikutan penggunaan alamat IPv4 dijangka tidak lagi mampu menampung pertambahan pengguna Internet pada masa akan datang.

"Jumlah pelanggan dan laman web di seluruh dunia dijangka meningkat dan dikhuatiri IPv4 yang menampung kira-kira 4.3 bilion alamat IP ketika ini tidak dapat menampung jumlah pelanggan dan laman web yang semakin meningkat," katanya di sini, hari ini.

IP adalah protokol tanpa sambungan yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa sambungan berterusan antara kedua-dua alat komunikasi itu.

"IPv6 mampu mengembangkan ruang alamat yang lebih luas serta lebih pantas disamping dapat meningkatkan jumlah IP yang sedia ada," katanya.


Sureswaran berkata, pengguna tempatan perlu segera menukar alamat IP dari IPv4 kepada IPv6 supaya tidak ketinggalan daripada segi teknologi serta untuk memudahkan capaian ke atas laman web tertentu termasuk laman sosial seperti Facebook, Youtube atau Google disebabkan laman web tersebut sedang dalam proses peralihan kepada IPV6 pada masa akan datang.
"Sekiranya seluruh dunia sudah bertukar kepada IPv6 kemungkinan kita akan menghadapi kesukaran untuk melayari laman web tertentu jika masih menggunakan alamat protokol IPv4," katanya.

Beliau berkata, NAv6 akan bekerjasama dengan Jepun untuk melatih tenaga pakar dalam IPv6 kepada negara membangun seperti Thailand, Bangladesh, Laos, Sudan,Vietnam termasuk Singapura dan China dalam mengembangkan penggunaan IPv6 ITU di seluruh dunia.

NAv6 sedang melatih lapan wakil yang dihantar kerajaan Sudan untuk mempelajari dan meningkatkan kepakaran dalam IPv6 selama dua minggu di USM. - BERNAMA

Monday, November 29, 2010

Convert DOC Files To DOCX

This free service from phplivedocx.org allows you to convert from DOC to DOCX with a single click. Simply select the DOC file you want to convert and click on the Convert DOC to DOCX button. The document will be immediately returned as a DOCX file.

Simply click here to convert your documents >> DOC to DOCX Converter

Tuesday, November 2, 2010

Semua Dalam Satu Dengan Digsby


Kali ini saya nak kongsikan satu perisian yang sangat cool. Kenapa saya kata cool? Sebabnya perisian ini amat memudahkan hidup seharian anda terutama yang ada banyak akaun seperti IM, email dan social network. Bayangkan semua akaun-akaun ini dapat dihimpunkan dalam satu perisian. Saya rasa ramai yang sudah tahu mengenai Digsby ini, cuma mungkin tidak terbuka hati nak memasangnya (install). Untuk pengetahuan anda, Digsby mula-mula dilancarkan pada tahun 2008 dan saya terjumpa Digsby pun secara tak sengaja. Jadi, sebagai pengamal IT, memang saya suka cuba perisian-perisian baru.
Akhir tahun 2009, saya dah ada banyak akaun di internet dari YM, YMail, Gmail, Facebook dan Twitter . Lagipun saya sedang mencari perisian untuk manage email sebab saya ada 5 akaun email. Dari Microsoft Outlooks sampai ke Eudora saya cuba mencari sehinggalah bertemu kembali dengan Digsby. Sehingga kini saya tetap setia bersama Digsby. Baiklah mari kita lihat apakah kelebihan-kelebihan Digsby ini.
Email Alert
Sebelum ini jika hendak semak emel kita perlu login dulu. Contohnya jika anda ada Yahoo Mail dan Gmail, jadi anda perlu login secara berasingan. Tapi dengan Digsby, anda boleh menghimpunkan akaun-akaun emel tersebut dalam satu tempat, dan status emel seperti bilangan emel baru akan dipaparkan di taskbar.
Instant Messaging (IM)
Dengan Digsby, anda boleh menggabungkan akaun-akaun IM seperti Yahoo Mesengger, Gtalk, MSN, FBChat dan banyak lagi dalam satu platform. Mudah kan?
Jaringan Sosial
Saya pasti anda tentu memiliki lebih dari satu akaun sosial kan? Paling tidak pun mesti ada Twitter, Facebook dan mungkin Myspace. Tapi di Digsby anda tidak perlu buka akaun tersebut satu-satu, sebab boleh “dicantumkan” dalam satu akaun Digsby. Yang paling hebat terutama bagi pengguna Facebook, anda boleh kemas kini status, bagi komen, Like dan sebagainya tanpa perlu login ke Facebook. Senang kan?
Global Status
Salah satu fungsi yang paling menarik ialah Global Status. Dengan Global Status, kita boleh kemas kini status IM, Twitter dan Facebook secara serentak. Menarik kan?

Untuk memuat turun perisian ini anda bolehlah ke http://www.digsby.com

Sekian. Selamat mencuba!

Saturday, July 24, 2010

SSQS 2010

Program Penarafan Bintang berasaskan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi Tahun 2010 akan dijalankan mulai 19 Julai hingga 30 Ogos 2010 melibatkan kesemua 305 buah sekolah di Negeri Melaka.
GPB / GICT diharap dapat mengambil tindakan terhadap perkara berikut sebelum 19 Julai 2010 :
  • Muat turun dan mencetak Borang KPI SSQS 2010 dari Portal BTPN Melaka
  • Memilih responden dan mengedarkan Borang KPI SSQS 2010
  • Mengadakan taklimat tentang Teknik Pengisian Borang KPI SSQS 2010
  • Menjalankan 'individual coaching' kepada responden
Perhatian : Data yang dimuat naik sebelum 19 Julai 2010 dianggap tidak sah
- (Lihat Memo Dalaman berkenaan SSQS 2010)
- MUAT TURUN PANDUAN MENGISI INSTRUMEN SSQS 2010