Showing posts with label Info Zone. Show all posts
Showing posts with label Info Zone. Show all posts

Wednesday, March 9, 2011

Pertandingan Multimedia Berasaskan Powerpoint Openoffice.org Impress

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka telah diberi mandat untuk mengelola Pertandingan Multimedia Berasaskan OpenOffice.org Impress Presentation semasa Karnival Pendidikan Melaka yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2011 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis)
Masa Pertandingan :10.00 pagi hingga 11.00 pagi (1 Jam)
Pendaftaran Peserta : 9.30 pagi

Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka

Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka selewat-lewatnya pada 31 Mac 2011. Sebarang permohonan selepas tarikh ini tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Zali Bin Ahmad di talian 06-2326093.
Sila klik di sini untuk muat turun syarat / peraturan pertandingan dan borang penyertaan.

Pengguna Internet Perlu Beralih Ke IPv6

Lima tahun lagi, pengguna Internet berkemungkinan berdepan dengan masalah untuk melayari laman web sedia ada sekiranya mereka tidak mengubah alamat peralihan penggunaan Protokol Internet (IP) daripada versi keempat (IPv4) kepada versi keenam (IPv6).

Pengarah Bahagian Industri dan Rangkaian Komuniti Pusat Kecemerlangan IPv6 Termaju Kebangsaan (NAv6), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr R Sureswaran, berkata penggunaan IPv6 adalah untuk memudahkan capaian masuk ke semua laman web kerana ia mempunyai ciri 128 bit, jauh lebih besar daripada alamat IPv4 yang hanya memiliki 32 bit.
Katanya, penukaran IPv4 kepada IPv6 sangat penting berikutan penggunaan alamat IPv4 dijangka tidak lagi mampu menampung pertambahan pengguna Internet pada masa akan datang.

"Jumlah pelanggan dan laman web di seluruh dunia dijangka meningkat dan dikhuatiri IPv4 yang menampung kira-kira 4.3 bilion alamat IP ketika ini tidak dapat menampung jumlah pelanggan dan laman web yang semakin meningkat," katanya di sini, hari ini.

IP adalah protokol tanpa sambungan yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa sambungan berterusan antara kedua-dua alat komunikasi itu.

"IPv6 mampu mengembangkan ruang alamat yang lebih luas serta lebih pantas disamping dapat meningkatkan jumlah IP yang sedia ada," katanya.


Sureswaran berkata, pengguna tempatan perlu segera menukar alamat IP dari IPv4 kepada IPv6 supaya tidak ketinggalan daripada segi teknologi serta untuk memudahkan capaian ke atas laman web tertentu termasuk laman sosial seperti Facebook, Youtube atau Google disebabkan laman web tersebut sedang dalam proses peralihan kepada IPV6 pada masa akan datang.
"Sekiranya seluruh dunia sudah bertukar kepada IPv6 kemungkinan kita akan menghadapi kesukaran untuk melayari laman web tertentu jika masih menggunakan alamat protokol IPv4," katanya.

Beliau berkata, NAv6 akan bekerjasama dengan Jepun untuk melatih tenaga pakar dalam IPv6 kepada negara membangun seperti Thailand, Bangladesh, Laos, Sudan,Vietnam termasuk Singapura dan China dalam mengembangkan penggunaan IPv6 ITU di seluruh dunia.

NAv6 sedang melatih lapan wakil yang dihantar kerajaan Sudan untuk mempelajari dan meningkatkan kepakaran dalam IPv6 selama dua minggu di USM. - BERNAMA

Friday, September 4, 2009

Peraturan Pusat Akses

PERATURAN PUSAT AKSES (SEBELUM)

1. Pelajar/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari seblum menggunakan komputer di pusat akses sekolah.

2. Dilarang membawa beg/fail dan makanan/minuman ke dalam bilik akses.

3. Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam bilik akses kecuali dengan kebenaran guru Penyelaras Pusat Akses Sekolah.

4. Dikehendaki mengisi butir-butir yang perlu di dalam buku log penggunaan bilik akses untuk mengesan setiap pengguna bilik akses.


PERATURAN PUSAT AKSES (SEMASA)

1. Masa bagi setiap pelajar/pengguna menggunakan komuter ditetapkan 1 jam satu sesi.

2. Satu PC hanya untuk satu orang pengguna, tidak boleh berkongsi.

3. Dilarang sama sekali mengusik barang talian/sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer, atau membuka tudung komputer.

4. Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu.

5. Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan P&P khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games, movie, muzik) seperti laman web berkaitan dengan muzik dan sebagainya.

6. Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru bertugas terlebih dahulu.

7. Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.


PERATURAN PUSAT AKSES (SELEPAS)

1. Pelajar / pengguna perlu menutup komputer (shut-down) dengan langkah-langkah yang betul.

2. Dilarang membawa keluar daripada bilik sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.

3. Pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan bilik akses.

Sunday, April 26, 2009

What is a network switch and what is a router?

The two pieces of equipment look similar and perform some similar functions, but each has its own distinct function to perform on a network.

What is a Network Switch?
To understand basic networking, you first need to answer the question, "What is a network switch?"
Most organization today use switches to connect computers, printers and servers within a building or campus. A switch serves as a controller, enabling networked devices to talk to each other efficiently. Through information sharing and resource allocation, switches save businesses money and increase employee productivity.

What is a Network Switch: Unmanaged Switches
An unmanaged switch works right out of the box. It's not designed to be configured, so you don't have to worry about installing or setting it up correctly. Unmanaged switches have less network capacity than managed switches. You'll usually find unmanaged switches in home networking equipment.

What is a Network Switch: Managed Switches
A managed network switch is configurable, offering greater flexibility and capacity than an unmanaged switch. You can monitor and adjust a managed switch locally or remotely, to give you greater network control.


What is a Network Switch versus a Router?
Switches create a network. Routers connect networks. A router links computers to the Internet, so users can share the connection. A router acts as a dispatcher, choosing the best path for information to travel so it's received quickly.

Wednesday, March 18, 2009

Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah

PENGENALAN

Selaras dengan arus perkembangan teknologi maklumat di negara ini, kerajaan berhasrat membestarikan semua sekolah di seluruh negara melalui Program Pembestarian Sekolah.

Pelaksanaan Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyediakan infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah.

RASIONAL

Pusat Akses Sekolah merupakan salah satu daripada pelbagai inisiatif Kementerian Pelajaran dalam menyediakan Infrastruktur ICT yang mencukupi bagi menjayakan pembestarian sekolah. Pusat Akses Sekolah berfungsi sebagai pemangkin pembudayaan ICT di sekolah.

· Ia merupakan satu ruang pembelajaran yang disediakan bagi membolehkan pelajar menjalankan pembelajaran secara kendiri dan mempelbagai gaya pembelajaran mereka.

· Penggunaan Pusat Akses Sekolah diharap dapat meningkatkan kemahiran ICT pelajar untuk tujuan pembelajaran.

MATLAMAT

· Membudayakan penggunaan ICT di sekolah
· Mengurangkan nisbah komputer dengan pelajar
· Meningkatkan masa penggunaan (contact hours) komputer oleh murid

OBJEKTIF

· Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mencapai maklumat
· Membolehkan pelajar melaksanakan pembelajaran kadar kendiri, terarah kendiri
dan akses kendiri dengan lebih berkesan
· Meningkatkan penggunaan dan penguasaan ICT pelajar untuk pembelajaran.

WAKTU OPERASI

Pusat Akses Sekolah beroperasi pada masa seperti berikut:
- semasa waktu persekolahan
- selepas waktu persekolahan

PENGGUNA

Keutamaan penggunaan diberikan kepada murid.

· Warga sekolah seperti pentadbir sekolah, guru, dan staf sokongan juga boleh menggunakan kemudahan Pusat Akses Sekolah

CADANGAN AKTIVITI

· Mencari maklumat daripada Internet untuk pembelajaran

· Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan(e-Learning).

· Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran.

· Berkomunikasi dengan guru dan murid lain melalui e-mel

· Berkolaborasi dengan murid lain.

KESELAMATAN

Pihak sekolah perlu mengambil berat aspek-aspek keselamatan seperti kemudahan infrastruktur, kemudahan fizikal, perkakasan, rangkaian, perisian dan aplikasi.

· Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer.

* Keselamatan Mengakses Internet

i) Mesti mematuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 1 Tahun 2003 – UPTM 159/526/9 Jld.3 (9) – Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet Dan Mel Elektronik Di Agensi-Agensi Kerajaan (boleh dimuat turun daripada http://www.mampu.gov.my/mampu/bm/Circulars/BM/Main.htm )

* Keselamatan Penyimpanan Bahan

i) Pengguna TIDAK DIBENARKAN menyimpan bahan di cakera keras komputer di Pusat Akses Sekolah.

* Sentiasa menyelenggara ruang cakera keras komputer (housekeeping) untuk menjamin pengoperasian komputer sentiasa ditahap optimum dan stabil.
* Pengguna Pusat Akses Sekolah mesti mematuhi peraturan bagi menjamin keselamatan diri dan peralatan komputer. Antara peraturan yang perlu dipatuhi ialah:

i) Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam Pusat Akses Sekolah.

ii) Dilarang membawa masuk sebarang cakera perisian milik persendirian kecuali dengan kebenaran guru bertugas.

iii) Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian komputer daripada Pusat Akses Sekolah.

iv) Dilarang sama sekali mengusik sebarang pendawaian atau sambungan kabel yang terdapat di belakang komputer.

i) Dilarang memasukkan sebarang perisian luar dan mengubah konfigurasi komputer.

ii) Dilarang menyimpan semua hasil kerja dalam cakera keras komputer.

iii) Pengguna hendaklah merekod penggunaan komputer dalam buku log. Beberapa peraturan lain yang berkaitan terserah kepada budi bicara Jawatankuasa Pusat Akses Sekolah.

PENGURUSAN PENYENGGARAAN

· Merekod dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi
terus kepada pembekal peralatan berkenaan.

· Dalam Tempoh Jaminan

a) Pihak sekolah perlu mengambil maklum bahawa jangka masa jaminan, terma dan syarat jaminan terdapat di dalam perjanjian.

b) Merekod dan melaporkan sebarang masalah kerosakan yang dihadapi terus kepada pembekal peralatan ICT yang berkenaan

* Tamat Tempoh Jaminan (tertakluk kepada pindaan atau arahan semasa)

a) Penyelenggaraan akan diuruskan di bawah kontrak berpusat Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).Penyelenggaraan kontrak berpusat ini merangkumi tiga (3) aspek, iaitu:

· Tagging

· Penyenggaraan Pencegahan

· Penyenggaraan Pemulihan

b) Sebarang kerosakan hendaklah direkod dan dilaporkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

* Satu salinan laporan masalah samaada dalam tempuh jaminan atau tamat tempoh jaminan hendaklah dihantar kepada:

Pengarah
Bahagian Teknologi Pendidikan
Kementerian Pelajaran Malaysia
Pesiaran Bukit Kiara
50604 Kuala Lumpur
Tel: 03-20987788
Faks: 03-20923763