Showing posts with label Aktiviti Pusat Akses. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Pusat Akses. Show all posts

Friday, September 6, 2013

Kursus Google Drive


Pusat Akses SMK Bukit Rambai akan menjalankan satu kursus pendek Google Drive seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 21 September 2013
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 - 11.30 pagi

Kursus ini terbuka kepada semua pelajar SMK Bukit Rambai. Tempat adalah terhad kepada 20 orang sahaja berasaskan first come first served basis.

Apa yang anda akan pelajari?
1. Pengenalan Google Drive
2. Bagaimana membuat Sharing, Privacy, Printing and Publishing
3. Menggunakan Doc, Sheets, Slide,Forms, Drawing
4. Menguruskan Drive documents list
5. Menggunakan Google dari peluncur web (web browser)
6. Menggunakan Google Drive dari komputer
7. Menggunakan Google Drive dalam Android
8. Tips, trick and best practices on Google Drive

Sila hubungi Cikgu Zakri Zakaria untuk mendaftar.

Monday, April 29, 2013

Pertandingan Liga Remaja Kreatif

Semua guru tingkatan
SMK Bukit Rambai.

Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengundang penyertaan kreatif murid-murid sekolah menengah untuk menyertai pertandingan mencipta video berdasarkan tema : KLIK DENGAN BIJAK yang bermula dari 29 April sehingga 21 Jun 2013.

2. Bahan-bahan promosi untuk pertandingan ini telah dipamerkan di papan kenyataan Kelab Fotografi & Multimedia Cyberkids di laluan Blok D.

3. Butiran lanjut mengenai pengenalan, syarat-syarat pertandingan, hadiah dan sebagainya boleh didapati di laman sesawang Liga Remaja Kreatif di capaian http://lrk.skmm.gov.my.

4. Jawatankuasa Pembestarian Sekolah berharap agar pihak tuan dapat menggalakkan dan menghebahkan kepada semua murid sekolah tuan supaya menyertai pertandingan ini.

5. Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke pihak SKMM  di talian 03-8688 8328 atau melalui emel ke ligaremajakreatif@cmc.gov.my.

Sekian untuk makluman dan tindakan tuan.

Terima kasih.

Saturday, November 10, 2012

Gotong-Royong Akhir Tahun

Gotong-royong membersihkan Pusat Akses dan Makmal Komputer telah dijalankan dengan jayanya sempena Program Gotong Royong Peringkat Sekolah.

Dalam aktiviti ini, murid-murid daripada kelas  3 Epsilon telah ditugaskan untuk membersihkan kedua-dua bilik berkenaan di bawah seliaan En. Zakri Zakaria (Penyelaras Bestari) dan Cil Leni Marlina bt. Ahmad (Juruteknik Komputer).

Program berjalan dengan lancar dengan aktiviti membersihkan komputer, menyapu sampah dan menghias bilik-bilik tersebut.




Friday, June 24, 2011

Pendaftaran Sebagai Rakan Pusat Akses

Mulai 1 Julai 2011, semua pelajar yang ingin menggunakan kemudahan di Pusat Akses SMKBR perlu mendaftar sebagai Rakan Pusat Akses. Setiap pelajar perlu mengisi Borang Tempahan Pusat Akses yang boleh didapati di kaunter pejabat sekolah atau di Pusat Akses.

Harap maklum!

Saturday, June 26, 2010

Pertandingan Membina Blog & Montaj 2010

Syarat- syarat Pertandingan Membina Blog Dan Montaj
  1. Penyertaan terbuka kepada semua guru/staf dan pelajar, SMK Bukit Rambai, Melaka.
  2. Setiap peserta bebas menginterpretasi skop/tajuk secara kreatif melalui penggunaan pelbagai jenis media (teks, grafik, animasi, audio, video dan sebagainya) yang diintegrasikan dalam bentuk persembahan Blog dan Montaj.
  3. Tema montaj ialah SMKBR- Pencetus Kecemerlangan Hidupku.
    Keperluan minima bagi ciri-ciri montaj:
    a) Sejarah sekolah
    b) Kemudahan asas sekolah
    c) Aktiviti kurikulum/ko-kurikulum
    d) Suasana belajar di SMKBR
    e) Panorama sekitar sekolah
  4. Keperluan minima bagi ciri-ciri blog:
    a) Mengandungi maklumat pembangun
    b) Objektif blog tersebut dibina
    c)
    Mengandungi sekurang-kurangnya 5 artikel posting (berlainan tarikh)
    d) Menggunakan sekurang-kurangnya 2 widget (kalendar, follower, bloglist , poll, shout/chat, dan sebagainya)
    e) Menyediakan ruangan komen
    f) Kemas dan menarik
  5. Pertandingan terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
Kategori
Skop / Tajuk
Guru/Staf Individu
Panitia/Unit, Matapelajaran yang diajar, Kelab/Persatuan/Uniform
Pelajar Individu
Kelas, Kelab, Persatuan, Unit Beruniform,
Matapelajaran
Pelajar Berkumpulan
Kelas, Kelab, Persatuan, Unit Beruniform, Matapelajaran
5. Penyertaan berkumpulan tidak melebihi 3 orang.
6. Blog boleh dibangunkan menggunakan tapak blog percuma Blogger.com atau Wordpress.com
7. Hanya satu hadiah layak dimenangi oleh peserta dari setiap kategori yang dipertandingkan.
8. Isi kandungan mestilah dibangunkan dengan menggunakan sama ada Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
9. Peserta harus menghantar alamat BLOG (URL) yang dipertandingkan kepada urusetia untuk tujuan penilaian.
10. Semua peserta mestilah melengkapkan borang pendaftaran pada atau sebelum 1 Julai 2010. Sila klik di sini untuk mendaftar.
11. Tarikh tutup penyertaan montaj dan blog ialah pada 5 Julai 2010.
12. Rujukan:

Saturday, June 19, 2010

Liga Remaja Kreatif 2010


Liga Remaja Kreatif 2010 dengan tema “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia” merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik meliputi dua peringkat iaitu peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.

Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pertandingan ini adalah projek berpasukan yang mana terdiri 2-4 pelajar untuk satu pasukan. Jangka masa (durasi) bagi setiap penyertaan adalah di antara 3 – 7 minit dan mesti menepati tema “Jalur Lebar Untuk 1Malaysia”. Semua sekolah dibekalkan dengan kit pembelajaran asas produksi.

Objektif Pertandingan:


1. Memupuk minat dan kreativiti dalam pembangunan kandungan2. Mendidik remaja tentang asas kemahiran dan produksi dalam penceritaan dan peralatan3. Mencetus keterujaan dikalangan remaja Malaysia terhadap potensi dan peluang dalam industri kandungan

Maklumat Peraduan:
Pertandingan Jalur Lebar Untuk 1Malaysia adalah anjuran bersama oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Filem Negara Malaysia.


Pertandingan ini dibuka dari 1 Jun 2010 hingga 30 Ogos 2010.
Tema bagi produksi adalah JALUR LEBAR UNTUK 1MALAYSIA dan mestilah berbahasa Malaysia.


Hadiah-hadiah yang ditawarkan
Kesemua peserta akan diadili pada peringkat Negeri yang mana hadiah yang disediakan di peringkat Negeri ini ialah


Hadiah tempat pertama : RM5 000 beserta telefon bimbit

Hadiah tempat kedua : RM3 000 beserta telefon bimbit

Hadiah tempat ketiga : RM2 000 beserta telefon bimbit

Hadiah saguhati : RM500 x 7


Kesemua pemenang pertama peringkat negeri akan mewakili negeri masing-masing untuk ke peringkat kebangsaan. Peserta peringkat kebangsaan ini akan berpeluang menyertai Kem Pembangunan Kandungan dan hasil produksi mereka akan dihakimi untuk menentukan Juara Peringkat Kebangsaan yang menawarkan hadiah yang sangat lumayan:


Hadiah tempat pertama : RM10 000 beserta kamera digital

Hadiah tempat kedua : RM7 500 beserta kamera digital

Hadiah tempat ketiga : RM5 000 beserta kamera digital


Tarikh tutup penyertaan: 30 Ogos 2010