Tuesday, October 16, 2012

Meet FROG (Virtual Learning Environment)


Welcome to the world of Frog. Discover how your classroom is about to transform with this new VLE that is about to hit all 10,000 schools in Malaysia.

With the VLE (Virtual Learning Environment), education does not have to be confined to a traditional classroom and with the Internet, can take place anywhere, anytime. Because the VLE is web-based, learning can happen on a smartphone, a tablet, or at home on a desktop. Teachers and students can also interact and communicate with each other in a more convenient and flexible way.


Monday, October 8, 2012

Linux Sabily 11.10






Alhamdulillah akhirnya Sabily Uhud 11.10 telah dilancarkan dan dapat didownload secara percuma.
Apa Itu Linux Sabily?
Sabily adalah sistem operasi yang diolah dari Ubuntu dengan memuatkan tema dan perisian-perisian Islam kedalamnya. Nama "Sabily" adalah satu perkataan daripada Surah Yusuf ayat 108 yang bermaksud "jalanku". Pembangunan sistem operasi Sabily diharapkan dapat membantu umat Islam diseluruh dunia agar tidak terleka semasa menggunakan komputer melalui perisian-perisian Islam seperti waktu sembahyang yang akan muncul diskrin komputer apabila masuk waktu, kalendar Hijrah, doa-doa, zikir, bacaan Al-Quran dan lain-lain lagi. Disamping itu Sabily juga mengadungi perisian yang boleh mengawal penggunaan komputer oleh anak-anak tanpa perlu dipantau oleh ibubapa. Semoga usaha yang murni dari pemprogram-pemprogram Islam dari seluruh dunia itu diberkati Allah dan mendapat sokongan dari pengguna-penguna komputer yang beragama Islam. Perlu diingat bahawa segala perisian itu adalah percuma dan bebas untuk diolah semula.

    Sabily diasaskan oleh Saudara Mehdi Megnon yang berasal dari Perancis bersama-sama dengan pemprogram Saudara Abdelmonam Kouka yang berasal dari Tunisia. Disamping itu juga terdapat beberapa pemprogram yang aktif menjayakan Sabily iaitu Saudara Saber Omri, Ahmad El Mahmoudy, Muslih Al Akkad dan lai-lain lagi dari seluruh dunia seperti Tunisia, Indonesia, Arab Saudi, Pakistan, India, Malaysia dan lain-lain lagi. Mereka bekerja bersungguh-sungguh dalam menjayakan Sabily tanpa bayaran dengan harapan mereka dapat membantu umat Islam diseluruh dunia dalam pembangunan sistem komputer dan teknologi informasi. 
    Sehingga kini Sabily telah memasuki versi 11.10 dengan kod nama Uhud seiring dengan versi Ubuntu 10.10 Maverick Meerkat. Kelahiran Sabily yang pertama adalah melalui keluaran Ubuntu versi 7.04 dengan menggunakan nama Ubuntu Muslim Edition. Nama Ubuntu Muslim Edition telah dipertikaikan oleh pihak yang tertentu lalu nama Sabily telah diwujudkan dan digunakan pada versi 8.04. Keluaran versi baru adalah sama dengan Ubuntu iaitu dua kali setahun pada bulan April dan Oktober. Siri versi adalah mengikut tahun dan bulan keluaran. Sebagai contoh, versi 8.04 adalah keluaran tahun 2008 bulan April. 

Alhamdulillah akhirnya Sabily Uhud 11.10 telah diluncurkan dan dapat didownload secara gratis. Berikut ini adalah link direct download langsung dari Sabily: