Monday, August 1, 2011

Masalah SSQS Selepas Kena “Hack”

Kami sedia maklum mengenai masalah sekolah yang hadapi untuk mengisi maklumat dalam SSQS. Antara masalah yang sekolah hadapi adalah seperti berikut :
  1. Sekolah tidak dapat akses SSQ
  2. SSQS tak aktif
  3. Data tak di simpan selepas mengisi SSQS (jika gagal sila cuba gunakan Intenet Explorer)

Sehubungan dengan itu sekolah boleh membuat screenshoot capture SSQS jika berjaya mengisi untuk rekod tuan/puan dan jika ada masalah sila emailkan ke BTP ke alamat email ini best@moe.edu.my dan cc kan email kepada PKG jika boleh

Friday, July 29, 2011

Penubuhan Kelab Maxis Cyberkids




SMK Bukit Rambai sedang melaksanakan kempen pendaftaran sebagai ahli dalam portal Maxis Cyberkids. Program Maxis Cyberkids (MCK) telah diperkenalkan semenjak tahun 2002.

Matlamat utama MCK ialah untuk menggalakkan penggunaan ICT dalam kalangan murid-murid dan memberi kemahiran untuk menerokai ilmu, berkongsi dan menyebarkan pengetahuan dalam komuniti mereka. Program ini juga bertujuan untuk membina keyakinan diri dalam kalangan murid-murid dan dalam masa yang sama mengembangkan kualiti kepimpinan mereka.

Sejak dari penubuhannya, program Maxis Cyberkids telah berjaya melatih lebih dari 8,000 murid dan guru di lebih 1,300 buah sekolah di seluruh negara.

Friday, June 24, 2011

Pendaftaran Sebagai Rakan Pusat Akses

Mulai 1 Julai 2011, semua pelajar yang ingin menggunakan kemudahan di Pusat Akses SMKBR perlu mendaftar sebagai Rakan Pusat Akses. Setiap pelajar perlu mengisi Borang Tempahan Pusat Akses yang boleh didapati di kaunter pejabat sekolah atau di Pusat Akses.

Harap maklum!

Wednesday, March 9, 2011

Pertandingan Multimedia Berasaskan Powerpoint Openoffice.org Impress

Adalah dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka telah diberi mandat untuk mengelola Pertandingan Multimedia Berasaskan OpenOffice.org Impress Presentation semasa Karnival Pendidikan Melaka yang akan berlangsung pada 5 hingga 8 Mei 2011 di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Pertandingan tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut :
Tarikh : 5 Mei 2011 (Khamis)
Masa Pertandingan :10.00 pagi hingga 11.00 pagi (1 Jam)
Pendaftaran Peserta : 9.30 pagi

Tempat : Dewan MITC, Ayer Keroh, Melaka

Borang Penyertaan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Sektor Pengurusan Maklumat (ICT), Jabatan Pelajaran Melaka selewat-lewatnya pada 31 Mac 2011. Sebarang permohonan selepas tarikh ini tidak akan dilayan. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En. Zali Bin Ahmad di talian 06-2326093.
Sila klik di sini untuk muat turun syarat / peraturan pertandingan dan borang penyertaan.

Pengguna Internet Perlu Beralih Ke IPv6

Lima tahun lagi, pengguna Internet berkemungkinan berdepan dengan masalah untuk melayari laman web sedia ada sekiranya mereka tidak mengubah alamat peralihan penggunaan Protokol Internet (IP) daripada versi keempat (IPv4) kepada versi keenam (IPv6).

Pengarah Bahagian Industri dan Rangkaian Komuniti Pusat Kecemerlangan IPv6 Termaju Kebangsaan (NAv6), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr R Sureswaran, berkata penggunaan IPv6 adalah untuk memudahkan capaian masuk ke semua laman web kerana ia mempunyai ciri 128 bit, jauh lebih besar daripada alamat IPv4 yang hanya memiliki 32 bit.
Katanya, penukaran IPv4 kepada IPv6 sangat penting berikutan penggunaan alamat IPv4 dijangka tidak lagi mampu menampung pertambahan pengguna Internet pada masa akan datang.

"Jumlah pelanggan dan laman web di seluruh dunia dijangka meningkat dan dikhuatiri IPv4 yang menampung kira-kira 4.3 bilion alamat IP ketika ini tidak dapat menampung jumlah pelanggan dan laman web yang semakin meningkat," katanya di sini, hari ini.

IP adalah protokol tanpa sambungan yang membolehkan data dihantar dari satu komputer kepada yang lain dalam satu rangkaian tertentu tanpa sambungan berterusan antara kedua-dua alat komunikasi itu.

"IPv6 mampu mengembangkan ruang alamat yang lebih luas serta lebih pantas disamping dapat meningkatkan jumlah IP yang sedia ada," katanya.


Sureswaran berkata, pengguna tempatan perlu segera menukar alamat IP dari IPv4 kepada IPv6 supaya tidak ketinggalan daripada segi teknologi serta untuk memudahkan capaian ke atas laman web tertentu termasuk laman sosial seperti Facebook, Youtube atau Google disebabkan laman web tersebut sedang dalam proses peralihan kepada IPV6 pada masa akan datang.
"Sekiranya seluruh dunia sudah bertukar kepada IPv6 kemungkinan kita akan menghadapi kesukaran untuk melayari laman web tertentu jika masih menggunakan alamat protokol IPv4," katanya.

Beliau berkata, NAv6 akan bekerjasama dengan Jepun untuk melatih tenaga pakar dalam IPv6 kepada negara membangun seperti Thailand, Bangladesh, Laos, Sudan,Vietnam termasuk Singapura dan China dalam mengembangkan penggunaan IPv6 ITU di seluruh dunia.

NAv6 sedang melatih lapan wakil yang dihantar kerajaan Sudan untuk mempelajari dan meningkatkan kepakaran dalam IPv6 selama dua minggu di USM. - BERNAMA